MUAT TURUN BORANGhttp://www.4shared.com/file/-qh2lKOYce/BORANG_SOAL_SELIDIK.htm
.
Monday, 30 November 2015
Friday, 27 November 2015
BORANG PENDAFTARAN
Borang pendaftaran bagi sesi tahun 2016 boleh di muat turun laman web berikut :
DIREKTORI
TABIKA KEMAS PKD
PUSAT KEGIATAN DESA, PEJABAT KEMAS DAERAH ALOR GAJAH
78000 ALOR GAJAH, MELAKA
TEL : 05-5561976
FAX : 06-5561980
11 Cara Hadapi Anak Suka Buat Perangai
on twitterShare on emaShare on pMore Sharing Services
Semua yang sudah bergelar ibu bapa tentu biasa menghadapi situasi anak menangis. Menangis dan anak kecil adalah perkara yang sinonim. Bagi bayi baharu lahir, menangis adalah salah satu cara mereka berkomunikasi. Tetapi bagi anak yang sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan ke atas, menangis merupakan salah satu cara mereka meluahkan perasaan. Antaranya seperti sakit, sedih, dimarahi, permintaan tidak dipenuhi. Teapi ada juga keadaan di mana si kecil menangis tanpa alasan yang munasabah.
Tentu sahaja anda bingung apa sebenarnya keinginan si anak. Secara umumnya anak kecil mempunyai sifat ingani tahu dan berminat kepada persekitaran yang menarik perhatiannya iaitu melalui cara pendengaran, rasa dan sentuhan.
Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripada meneroka keadaan di sekeliling, mereka akan mula buat perangai. Selain dari itu, akibat kurang kemahiran berkomunikasi, anak-anak kecil tidak dapat memberitahu kehendak dan keinginan sebenar mereka. Oleh itu, ia mudah membuatkan mereka cepat 'naik angin. Maka sebagai ibu bapa, kita harus mencari penyelesaian dan penyebab anak menangis dan bukan hanya menghilangkan tangisannya sahaja.
Bagaimana mencegah anak daripada buat perangai
1. Ketahui benda atau tempat yang menjadi pencetus anak mula membuat perangai dan cuba elakkan dia berada di tempat tersebut.
2. Pastikan anak sentiasa kenyang kerana jika si kecil dalam keadaan lapar, dia cenderung untuk membuat perangai.
3. Sentiasa bawa snek sihat di dalam beg apabila anda membawa anak keluar bersiar-siar.
4. Beri pujian yang positif kepada anak jika dia berkelakuan baik sebagai satu perangsang supaya dia sentiasa tidak membuat perangai.
5. Wujudkan mood ceria kepadanya kerana ia akan mengurangkan kemungkinan si manja membuat perangai.
6. Didik anak untuk bersabar jika dia mahukan sesuatu menggunakan kata-kata lembut seperti "Tunggu sebentar boleh".
7. Alihkan perhatian anak kepada perkara lain sekiranya dia tidak dapat mengawal diri dengan menangis dan menjerti akibat kemahuannya tidak dituruti di tempat awam.
8. Jangan herdik, ancam atau menghukum anak di tempat awam. Sebaliknya tawarkan dia permainan atau aktiviti lain yang boleh menghentikan tangisan atau jeritannya.
9. Jangan mudah menyerah kalah dengan tangisan si kecil. Tetapkan pendirian anda. Apabila tangisannya tidak dihiraukan, dia akan menyerah kalah dan berhenti menangis.
10. Mungkin boleh cuba membuat muka lucu atau suara kelakar bagi menghentikan tangisan si manja.
11. Elakkan memukul anak kecil. Walaupun anda marah atau kecewa, jangan pukul si manja. Tindakan fizikal akan meninggalkan parut emosional kepada si manja.
Kepentingan Anak & Permainan
Perkembangan teknologi pada masa kini tidak dinafikan dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Teknologi juga sudah menjadi sebahagian daripada alat permainan kanak-kanak hari ini. Ikuti penerangan lanjut kepentingan permainan kepada anak-anak oleh Ross Azura Zahit, Pensyarah/Pakar Psikologi Klinikal, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Kalau diperhatikan di mana-mana sahaja, kanak-kanak yang sedang menunggu tidak kira sama ada di klinik, lapangan terbang, mahupun di kedai makan akan leka dan begitu asyik dengan tablet mereka.
Malah, anak kecil yang berusia semuda satu tahun sekalipun sudah pandai menekan atau menyentuh skrin sesentuh yang diberikan oleh ibu bapa mereka.
Kewujudan teknologi dan dunia tanpa sempadan ini sememangnya memberi manfaat kepada anak-anak. Permainan yang dimuat turun membina keupayaan berfikir dan memacu perkembangan emosi dan kognitif anak-anak.
Selain daripada permainan yang dimuat turun atau yang menggunakan kemudahan teknologi, permainan lain seperti puzzle, block, juga mampu mendorong perkembangan potensi kanak-kanak.
Kepentingan Permainan
Dari perspektif Islam, permainan merupakan salah satu kaedah mendidik anak-anak mengikut cara Rasulullah S.A.W. Justeru, membelikan permainan untuk anak amat digalakkan kerana manfaat yang akan diterima oleh si anak sangatlah besar.
Malah Rasulullah S.A.W sendiri mengakui baginda melayan Aisyah R.A bermain kerana usianya yang masih kanak-kanak, menjadi bukti tentang kepentingan permainan kepada anak-anak. Permainan yang dibenarkan dan digalakkan dari sudut pandangan Islam adalah yang sesuai dengan usia dan kemampuannya.
Selain daripada itu, ciri-ciri lain yang perlu dipertimbangkan ketika membeli permainan untuk anak-anak adalah permainan tersebut haruslah:
a) Menyokong perkembangan kemahiran motor dan kecergasan fizikal kepada si anak
b) Menjana perkembangan fikiran yang positif
c) Memacu kebolehan anak untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
d) Menggalakkan sifat ingin tahu dan ingin mencuba kepada diri anak
e) Mendorong anak meniru tingkahlaku dan kelakuan yang baik
f) Meningkatkan kemahiran bahasa
g) Memperkukuhkan semangat kerjasama, bantu membantu dan perkongsian
h) Tidak menyerupai bentuk sebenar sesuatu makhluk (patung)
Justeru, belikanlah anak anda mainan dan biarkanlah mereka bermain dan berkembang! Jangan khuatir, permainan adalah sesuatu yang menyeronokkan dan ia juga memberi manfaat kepada anak-anak anda. Jom bermain!
ENERGIZER BERSAMA KANAK-KANAK...
Sesuai dijalankan ketika set induksi... energizer yang sangat bagus dan menyeronokkan..
Subscribe to:
Posts (Atom)